MANAGING NATION BUILDING THROUGH YOUTH POTENTIAL FROM A PERSPECTIVE OF MALAYSIAN TRAINING PROVIDERS: A QUALITATIVE STUDY 

Wan Shakizah Wan Mohd Noor, Khulida Kirana Yahya, Siti Zubaidah Othman, Mohd Faizal Mohd Isa& Abdul Razak Abd Manaf

College of Business

College of Art and Sciences

Universiti Utara Malaysia

Corresponding author: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Abstract || Full text

This study explores the existing education and training programs related to youth in terms of their objective, target group, training provider, and learning outcomes, in order to fulfill the needs of future youth in Malaysian nation building. The purpose of this paper is to provide the information of the existing youth’s educational and training programs with national agenda. This study further identifies the types of education and training needed by youth as offered by training providers from Malaysian government agencies. A qualitative field study is then carried out to examine the perceptions of training providers. The findings from the qualitative study and literature review will be utilised for further investigation as regard to the effectiveness and relevancy of the existing youth’s education and training programs from the perspective of the employers and employees (youth) themselves in the second phase of quantitative study. Seven training providers of various training programs from six Malaysian ministries are studied via interviews with key personnel. The results of this study will identify the important/main variables as related to the youth training programs. The implications and future directions of the study will also be discussed. Keywords: youth, education and training programs, nation building.

 


BELIA DAN PEMBANGUNAN NEGARA: ISU DAN CABARAN INSTITUSI PENDIDIKAN DAN LATIHAN KEMAHIRAN

Abdul Razak Abd Manaf, Siti Zubaidah Othman, Wan Shakizah Wan Mohd Noor, Mohd Faizal Mohd Isa & Khulida Kirana Yahya

Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar & Kerja Sosial

Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan

Universiti Utara Malaysia

Corresponding author: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Abstrak || Full text

Pembangunan belia yang positif adalah kritikal dan amat penting kepada kesejahteraan masyarakat dan masa depan negara. Belia yang meliputi hampir separuh daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini adalah aset bernilai yang perlu dicungkil dan digilap potensinya bagi memenuhi aspirasi negara. Kertas kerja konseptual ini secara umumnya membincangkan isu-isu belia yang sering menjadi perhatian dan perbincangan pelbagai pihak. Isu-isu semasa berkenaan belia ini sering kali dikaitkan dengan fenomena tidak sihat yang membimbangkan masyarakat serta memberi kesan secara langsung kepada kehidupan golongan belia yang merupakan pemimpin masa depan negara. Kertas kerja konseptual ini juga mengajak pembaca untuk meneliti sebahagian daripada cabaran – cabaran penting yang dihadapi oleh belia dan juga inisiatif dan usaha pelbagai pihak dalam memberikan pendidikan dan latihan kemahiran kepada belia. Dalam konteks ini, terdapat beberapa isu dan cabaran yang perlu ditangani oleh pemegang taruh terutamanya institusi penyedia pendidikan dan latihan kemahiran dalam memperkasa pembangunan belia yang positif terutama dari aspek kebolehpasaran pekerjaan dalam kalangan belia. Kata kunci: belia; pendidikan; latihan; kemahiran; Malaysia.

 


USAHA KERAJAAN KEARAH PEMANTAPAN KEPIMPINAN DALAM PEMBANGUNAN BELIA DI MALAYSIA

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri & Aainaa Zawani Ahmad Fu-ad

Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad

Universiti Utara Malaysia

Corresponding author: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Abstrak || Full text

Kepimpinan adalah sangat penting bagi sesebuah organisasi termasuklah sesebuah negara. Setiap belia perlu ditanam dengan nilai-nilai kepimpinan agar menjadi peneraju pada masa hadapan yang berdaya saing dan mempunyai gaya kepimpinan yang unggul. Objektif bagi kertas kerja ini adalah untuk melihat sejauh manakah usaha kerajaan bagi meningkatkan prestasi pembangunan belia dalam menyemai nilai kepimpinan dalam diri mereka. Artikel konseptual ini telah disediakan berasaskan sorotan literatur yang berkaitan dengan kepimpinan. Dapatan kajian menunjukkan kerajaan berusaha membentuk program-program kepimpinan belia dengan jumlah peruntukkan yang tinggi ke arah pembentukan pembangunan belia. Melalui Dasar Pembangunan Belia Negara kerajaan telah menjalankan dan merealisasikan beberapa program kearah kepimpinan belia. Antaranya adalah mengadakan program PLKN, menubuhkan Akademi Kepimpinan Belia, menubuhkan MBM dan memperkasakan kemahiran belia melalui IKBN serta ILKEB. Kata kunci: Kepimpinan, Kepentingan kepimpinan, Gaya kepimpinan, Belia, Dasar Pembangunan Belia Negara.

 


KESEDARAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) TERHADAP AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007: SATU ANALISA

Alias Azhar, Asmah Laili Hj Yeon, Siti Alida John Abdullah, Zainal Amin Ayub dan Rozita Arshad

Pusat Pengajian Undang-Undang, UUM COLGIS

Pusat Pengajian Kerajaan, UUM COLGIS

Universiti Utara Malaysia

Corresponding author: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 Abstrak || Full text

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau ringkasnya JKKK adalah sebuah institusi bertindak sebagai penghubung antara komuniti belia luar bandar dan pihak kerajaan. Pelaksanaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dianggap sebagai titik tolak kepada perubahan pengurusan pertubuhan belia menghadapi cabaran masa depan. Objektif fokus kertas kerja ialah mengkaji sumber pengetahuan JKKK berkaitan undang-undang belia yang wujud dalam negara ini. Kajian menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif bagi menghasilkan dapatan yang menyeluruh aspek doktrinal perundangan terkandung dalam Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007. Di samping memperoleh data empirikal melalui kajian lapangan khusus soal selidik fokus responden kalangan JKKK. Dapatan kajian ialah, sumber pengetahuan undang-undang belia kalangan JKKK adalah pelbagai sama ada melalui aktiviti dianjurkan pihak Kementerian atau pertubuhan belia. Di samping merujuk kepada media massa dan melalui pendidikan secara formal, diharap dapat menyumbang kepada perkongsian ilmu dan pengetahuan undang-undang belia tersebut bersama para belia setempat. Kata Kunci: Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung, Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007, undang-undang belia, aktiviti belia, Kementerian Belia Dan Sukan.